Nuffnang ads

Sunday, 27 July 2014

Setiap orang ada sisi malaikat




Hai kawan-kawan. Apa khabar? Hari ni saya gembira sangat kerana saya sekarang berada di... di mana? Saya sekarang berada di kampung halaman saya iaitu di Keningau, Sabah. Yeay!!! Bestnya dapat balik ke rumah. Dapat menghirup udara yang sejak dari kecil lagi saya hirup dan hembus, dapat menghidu bau bantal dan selimut yang eh eh, dapat mandi di kamar mandi sendiri, dapat itu, dapat ini. Semualah saya dapat buat. Bahagianya.

View bandar Keningau dari Banjaran Crocker

Tadi, sepanjang perjalanan pulang ke sini, banyak benda yang saya fikirkan. Antaranya ialah benda baik yang jarang orang buat yang orang lain tidak buat. Errr, faham? Berbelit ya ayat saya di situ. Apa yang saya ingin katakan ialah setiap orang ada sisi malaikatnya sendiri atau sisi baik dalam diri masing-masing tanpa mengira siapa pun orang tu. Even perompak pun mungkin ada sisi baiknya bukan?

Ambil contoh si perompak tu. Mungkinkah dia merompak untuk memperolehi wang bagi mengubati ibunya yang sakit di kampung? Ataupun mungkinkah dia merompak untuk menolong rakannya yang dalam kesusahan? ataupun mungkinkah dia merompak untuk mengisi beberapa perut anak-anaknya yang kelaparan di rumah? I don't know the answer. Tapi, saya pasti yang kita akan fikir perompak tu merompak kerana dia tiada duit ataupun memang itu adalah habitnya. Dan kita fikir perompak itu sangat jahat. Apapun, setiap benda yang berlaku ada sebabnya.

Saya pernah melihat satu situasi di dalam bas. Ketika itu, bas berhenti untuk mengambil penumpang di tepi jalan. Masuklah seorang ibu dan anaknya yang masih kecil. Mereka terpaksa berdiri kerana tempat duduk di dalam bas itu telah penuh. Sepanjang perjalanan si ibu terpaksa menahan dirinya daripada terjatuh disebabkan goyangan dalam bas dan dalam pada masa yang sama memegang anaknya. Siapa pernah naik bas dalam keadaan berdiri semasa bas bergerak, kamu mesti tahu bagaimana rasanya. Goyang sana. Goyang sini. Tiba-tiba, seorang gadis berdiri dan memperlawa ibu dan anak itu duduk di tempat duduknya. Manakala, gadis itu berdiri. I am very respect with her. Sedikit kebaikan dapat memberikan seribu makna.


Tangan yang memberi lebih besar daripada yang menerima

Hari tu, ketika awal semester lepas, saya terpaksa mencari bilik sewa kerana saya tidak mendapat kemudahan hostel. Saya sangat buntu dan keliru kerana esok kelas bakal bermula. Segala perasaan bercampur baur. Terus-terang, ketika itu saya ingin menangis. Bagaimana untuk saya ke kelas jika tempat tinggal pun belum ada? Namun, disaat-saat akhir, datang Denny membantu saya mencari bilik sewa. Syukurlah, jumpa juga bilik sewa yang sesuai walaupun ketika itu hari sudah lewat petang. Dia juga membantu saya membeli barang-barang keperluan dan juga mengangkat semua barang ke bilik sewa saya. Dia tetap lakukan semua itu dengan ikhlas walaupun time tu dia ada urusan lain yang perlu dibuat. Itulah salah satu sisi malaikat dalam dirinya yang saya akan ingat selama-lamanya.

Saya kadang-kadang terfikir ada tak benda kecil yang saya buat orang lain akan ingat, hargai dan kenang selama-lamanya tanpa saya sedari? Atau ada tak sisi malaikat dalam diri saya yang memberikan seribu makna kepada orang lain? Selalu saya terfikir tentang itu. Hmmm, jika ada, syukurlah.
                                              
Terima kasih kerana membaca