CPUV pertamaku

Helo semua. Hari ini I got a really good news! Setelah sekian lama tidak membuka blog disebabkan terlalu sibuk dengan segala kuliah dan test. Rasanya boleh menyamai kesibukan perdana menteri. Fuhhh…

Apa berita baik tu? Hah, ini yang saya tidak sabar untuk bagi tau ni. Baru tadi saya membuka akaun Nuffnang untuk melihat berapa jumlah pendapatan. Yalah, kan setiap hari isnin Nuffnang akan update berapa income yang masuk. Tup, tup.. CPUV saya sudah ada isi. Wahhhhhh…my first CPUV setelah 5 bulan berblog. I am very very very happy!!! Selama ni, saya cuma dapat income daripada CPC saja. Syukur kepada Tuhan. Akhirnya, dapat juga saya merasa CPUV macam abang-abang dan kakak-kakak senior dalam dunia blogging ni.


So, saya dedikasikan entri ini kepada Air Asia Go sebagai penghargaan kerana sudi memilih blog saya untuk memaparkan iklan mereka. Thank u..thank u.. *sambil tunduk kepala*.

Saya sebenarnya selalu memilih Air Asia untuk penerbangan saya ke mana-mana disebabkan tiketnya yang mampu beli, keadaan dalam kapal yang selesa, pramugara dan pramugarinya yang peramah termasuk kapten kapalnya sekali. Oh, did I mention Air Asia ni selalu memenangi anugerah di peringkat antarabangsa? Bagi Air Asia Go, mereka telah mengadakan banyak promosi sekarang ni. Untuk info lebih lanjut, jom klik di sini.

Apapun, ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk berblog dan harapnya blog saya akan sukses seperti blog-blog terkenal yang lain. Amin.

Okey, saya mahu meraikan my first CPUV walaupun lambat tahu...hahaha..

Terima kasih kerana membaca

0 comments