Resepi Sambal Tomato Pedas

Hai semua!

Hidup di perantauan ni sememangnya membuatkan kita merindui keluarga, rumah, bantal busuk berbau hanyir, anjing peliharaan dan sebagainya. Saya di sini hidup jauh dari keluarga sangat rindu nak makan masakan emak saya. Apa saja yang dimasak oleh beliau sangat ngam dengan bud taste saya ni. Sedap dan sangat power. Memang terbaik. Bagi saya masakan emaklah yang paling sedap di dunia *jauh meninggalkan masakan saya…hew…hew…*.

Sejak akhir-akhir ini, saya nak sangat makan Sambal Tomato Pedas yang dimasak oleh emak. Kecur air liur terbayang rasa pedas dan manis sambal tu. Mustahil nak minta pos sambal tu ke sini. Takut basi. Yalah, kena naik bas 3 jam, kemudian 2 jam feri barulah sampai ke Labuan ni.

Hari demi hari, oleh kerana nafsu makan ini tidak tertahan, maka saya membuat sendiri Sambal Tomato Pedas ni. Harap menjadi. Malam tadi saya sempat sms emak nak minta resepi *emak saya tak pakai Whatsapp*. Tapi, macam banyak sangat bahan-bahan yang perlu disediakan. Jadi, dengan ke-kreatif-an saya yang ciput ini, saya modified resepi emak menjadi something simple namun tetap sedap. Resepi ringkas sesuai untuk orang bujang macam saya ni.

Dah bersedia nak jadi chef sekarang?... Jom mula memasak!

Resepi Sambal Tomato Pedas

Bahan-bahannya ialah:

i. Beberapa biji buah tomato yang dipotong kecil (jumlah terpulang kepada individu)

Tomato yang dipotong kecil

ii. 3 biji bawang merah kecil
iii. 1 biji bawang merah besar
iv. 4 biji bawang putih


v. 1 mangkuk kecil asam jawa


vi. Lada padi (Jumlah terpulang kepada individu. Kalau nak guna cili besar yang sudah dikisar pun boleh juga)
vii. Beberapa keping bunga lawang


Cara-cara membuat:

i. Pertama sekali, goreng semua bawang yang dicincang halus bersama dengan bunga lawang sehingga naik bau.
ii. Kemudian, masukkan buah tomato dan lada padi lalu gaul seketika.
iii. Seterusnya, masukkan air asam jawa.
iv. Gaulkan campuran ini perlahan-lahan dengan api yang kecil sehingga tomato menjadi hancur dan pekat. Tambahkan garam dan gula.
v. Akhir sekali, hidangkan untuk juadah makan bersama keluarga. Sedap dimakan bersama dengan nasi panas dan ikan masin. Pergkhhh!

Tadaaa! Inilah hasilnya


Demikianlah resepi Sambal Tomato Pedas yang diolah oleh saya. Ringkas dan sedap!

Terima kasih kerana membaca

0 comments