Pengalaman memasuki Terowong Bekas Lombong Arang Batu di Labuan

Hai semua!

Minggu lalu, saya dan rakan-rakan telah memasuki salah satu terowong bekas lombong arang batu di sini Labuan. Kalau kamu nak tahu, di Pulau Labuan ni banyak rangkaian terowong bawah tanah. Namun, masih banyak yang belum diterokai. Mungkin atas faktor keselamatan. Yalah, kalau difikirkan logik, terowong arang batu rapuh sebenarnya berbanding terowong batu. Apatah lagi yang sudah terbiar lama. Kebanyakan terowong ditutup ekoran satu kemalangan di lombong itu yang telah membawa kepada penutupannya pada tahun 1911.


CARA UNTUK KE LOKASI TEROWONG

Tempat ini terletak di utara pulau Labuan iaitu di Tanjung Kubong. Lebih senang jika guna kereta sendiri. Tapi, kalau tak ada kereta jangan susah. Boleh juga guna bas nombor 6 untuk ke sana.

Okey?

Kami berkumpul di depan Taman Burung Labuan pada hari ahad jam 4.00 petang. Apabila semua sudah sampai, kami pun memulakan perjalanan. Saya terpaksa menggunakan selipar sebab tak ada kasut time tu. Starring betul. Jarak lokasi terowong dari taman burung tidaklah begitu jauh. Kira-kira 5 minit perjalanan menggunakan kereta, kami pun sampai.

Sebelum bergerak kena bergambar dulu. Ini wajib. Saya yang berbaju hijau memakai selipar. Nasib baik ada beberapa rakan yang pakai selipar juga...heee...

Suasana sekeliling tempat ni masih hutan. Tapi, bukan hutan tebal. Dari papan tanda, kami perlu berjalan sejauh 150 meter ke tempat terowong itu berada. Tak jauh. Sekejap saja sudah sampai.

Perlu melalui jambatan kecil

Saya tak pasti apakah benda ini. Tapi, pasti ada nilai sejarah sebab kena buat pagar macam tu


Hutan kecil yang jarang


Di sini ada disediakan pondok rehat

Nampak saja terowong tu, saya rasa sangat excited sebab itu pertama kali saya masuk ke dalam terowong. Teruja dan berdebar menjadi satu. Kami masuk satu persatu dalam barisan. Ada beberapa orang tak nak masuk sebenarnya tetapi selepas dipujuk berkali-kali barulah mereka akur…hoho...

Bergambar di depan terowong. Inilah dia terowong yang kami nak masuk

Ini juga merupakan salah satu terowong lain. Tapi, tak boleh masuk sebab sangat berbahaya dan berair

Berbaris sebelum masuk. Yang berbaju kuning tu ialah abang Madi. Our guide

Suasana dalam terowong agak sempit, gelap, rendah dan berhabuk sebab di sana ialah bekas lombong arang batu. So, sesiapa nak pergi ke sini kena bawa sapu tangan atau tuala kecil untuk menutup hidung. Tapi, oleh kerana saya ialah seorang yang adventures, so saya anggap semua itu sebagai cabaran. Ececeh.

Keadaan dalam terowong. Tak dapat ambil gambar banyak-banyak dalam tu sebab terpaksa guna kedua-dua belah tangan untuk berpaut pada dinding terowong

Terowong yang kami masuk ni tak panjang. Tapi, cukuplah untuk beginners macam kami ni…hew…hew… Sampai saja di hujung terowong, kami kena panjat dinding batu ke atas untuk keluar. Agak mencabar juga. Mereka kata ada kelawar dalam terowong tu tapi saya tak rasa pula.

Yihaaa! Wipeout Labuan



Siap saja keluar dari terowong, kami meneruskan perjalanan mendaki bukit kecil untuk melihat pemandangan the other side of Labuan dari atas bukit. By the way, terowong yang kami masuk tu terletak di bawah bukit. Alang-alang masuk terowong, apa salahnya naik bukit sekali kan. Perjalanan ke atas bukit tidaklah sesukar mana. Tapi, perasaan seronok tu membuak-buak sebab kami beramai-ramai. Hiking with friends. Bonding time.

Perjalanan mendaki bukit

Say cheeseeee


Pendekar Labuan

Inilah dia pemandangan sebahagian Labuan dari atas bukit. Enjoy the views



Selepas menikmati pemandangan, kami pun turun dari bukit




Perjalanan menuruni bukit

Selesai saja masuk terowong dan hiking di bukit, kami pun menuju ke satu lagi tempat iaitu pantai tersembunyi yang jarang orang pergi. Suasana di sana serius cantik. Menenangkan jiwa. Macam pantai di luar negara. Next entri saya akan ceritakan keanggunan pantai tu okey. Tunggu!

P/S: Okey, saya nak bagi tips sikit *sambil membetulkan posisi spek mata*. Kalau ke terowong, sila jangan buat perkara yang tak senonoh seperti meludah, buat bising, buang sampah dan sebagainya. Jaga tingkah laku ya kawan-kawan.

Terima kasih kerana membaca

0 comments