Nuffnang ads

Friday, 30 September 2016

Musim durian yang meriah di Ranau, Sabah




Hai semua!

Sila klik disini kalau nak baca entri yang lepas. Pounsikou!

Antara tujuan kenapa kami datang bercuti di Ranau ialah kami nak jadi ‘Durian Hunter’ sebab time tu ialah musim durian yang berlambak-lambak. Oleh kerana saya ialah penggemar durian, perasaan excited nak cari durian tu sangat membuak-buak. Hari tu dalam Facebook heboh yang durian terlalu banyak di Ranau sehingga dilelong sampai RM 2.00 sekilo. Sangat murah! Jadi, dengan harapan yang tinggi, kami pun pergilah mencari tempat tu di Ranau. Semoga masih ada lagi.

Banyak orang menjual durian terutamanya sepanjang jalan Kundasang – Ranau. Kami boleh lihat banyak gerai-gerai kecil di tepi jalan dengan lambakan durian yang mengiurkan. Tapi, oleh sebab nak jimatkan masa, saya dan Denny menetapkan untuk pergi hanya dua lokasi sahaja yang menjadi tumpuan orang ramai.


Lokasi pertama ialah di sini. Tempat ini terletak sebelum masuk ke pekan Ranau. Senang nak jumpa lokasi ni. Nampak sahaja gerai-gerai dengan khemah warna biru yang berderet di tepi jalan dan kereta tersusun tak terkira banyaknya, itulah dia salah satu spot menjual durian yang terkenal

Banyaknya durian kena jual di sini. Tapi, harganya agak mahal berbanding apa yang kami dengar di laman sosial. Didalam gambar ni, harga untuk sekilo ialah RM 12.00. Tapi, durian ini agak besar. So, padanlah dengan harga kan

Gerai yang ini pula jual dengan harga RM 10.00 sekilo. Saiz durian agak kecil sedikit berbanding dengan harga RM 12.00 tu


Banyak orang singgah di sini untuk membeli durian. Kadang-kadang, bahu berselisih sesama sendiri tanpa ucapan maaf sebab agak sesak dengan manusia. Banyak juga ya durian lover

Kami tak beli apa-apa di sini sebab just nak survey harga. Kami nak bandingkan mana yang jual durian dengan harga yang murah. Lokasi pertama atau lokasi kedua?

Kemudian, kami menuju ke lokasi kedua ialah di Pasar Terbuka Pekan Ranau. Di sinilah durian kena lelong sampai viral di Facebook hari tu. Harap masih ada.



Jumlah durian di sini lebih banyak berbanding lokasi pertama. Harga pun agak murah. Tapi, kami tak jumpa durian harga RM 2.00 sekilo. Sedih. Paling murah pun RM 6.00 sekilo.

Kami beli durian dekat mak cik ni. Sebenarnya, di hujung pasar terbuka ni ada beberapa peniaga yang menjual durian secara besar-besaran. Harga pun lebih kurang sama. Ramai orang berkumpul di sana bersesak-sesak nak pajak durian. Sangat laku. Tapi, kami sengaja beli di tempat mak cik ni sebab nak support dia…hehe…



Ada juga durian yang sudah dibuka sedia dan dimasukkan kedalam tapau/bekas. Macam dalam gambar diatas ni. First time saya nampak style macam ni. Kreatif betul orang sekarang ya

Selain daripada buah durian, ada juga buah-buahan lain yang dijual seperti dibawah ini sebab sekarang musim buah. Suasana di pasar ni sangat meriah dengan simfoni warna-warni buah-buahan. Ada merah, hijau, purple, pink, kuning dan sebagainya.







Kami decide nak beli durian di sini sebab harganya murah berbanding lokasi pertama. Kami beli dua jenis durian iaitu durian susu dan satu lagi saya lupa apa jenisnya. Maaf…hehe…

Lihatlah bagaimana saya menikmati durian yang super duper sedap




Hmmmm…yummy!

Next time, kalau ada musim buah durian lagi di Ranau terutamanya dengan harga lelong, saya on the spot akan pergi. Kalau masih ada lah. Apapun, syukur kepada Tuhan sebab misi memburu durian berjalan dengan lancar.

Terima kasih kerana membaca

Thursday, 29 September 2016

Melawat arnab-arnab yang comel di Arnab Village, Ranau, Sabah



Hai semua!

Kalau nak baca entri yang sebelumnya sila klik disini. Thanks!

Okey, tempat pertama yang saya dan Denny pergi ialah di Arnab Village yang terletak di Kg Purakagis, Ranau, Sabah. Lokasi tempat ni terletak di antara pekan Kundasang dan pekan Ranau. Kalau tak tahu juga, sila search Google Map. Jalan masuk ke Arnab Village tidak berturap dan agak berlubang-lubang. So, kepada kereta yang lowered memang confirm tak dapat masuk.

Actually, kami tak tahu pun kewujudan tempat ni. Tapi, kan sekarang ni zaman teknologi yang segalanya hanya di hujung jari, so kami hanya dapat tahu melalui Facebook sahaja. Nampak tak kuasa Facebook di sini in term of marketing & promotion?

Harga tiket masuk ialah:

Malaysian
Dewasa: RM 3.00
Kanak-kanak: RM 2.00

Non-Malaysian
Dewasa: RM 5.00
Kanak-kanak: RM 2.00

*Makanan arnab: RM 2.00

Agak murah kan?

Masa melawat:

Setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang


Apabila masuk saja ke Arnab Village, kami dihidangkan pemandangan segerombolan arnab-arnab yang comel. Ada yang tidur secara berkumpul, ada yang dikendong oleh pelawat, ada yang diberi makan, ada yang sedang minum, ada yang sedang melompat-lompat keriangan dan ada yang sedang merenung pelawat. Mungkin mereka hairan apakah makhluk gergasi ini buat di sini?

By the way, oleh kerana nama tempat ini ialah Arnab Village, so yang in charge ialah arnab. This is Bunny’s Territory katanya. Jadi, lebih baik kamu wahai manusia bawa makanan untuk mereka kalau tak mau dihukum oleh arnab-arnab yang comel ini. Kidding…hehe...

Ini dia sebahagian arnab yang sedang berehat di bawah pondok khas untuk mereka berteduh daripada sinar matahari terik. Comel sangat-sangat!

Denny sedang memberi makan kepada arnab. Rasa betul lidah kecil mereka yang suam-suam time mereka makan di telapak tangan kita. Tapi, hati-hati ya. Kadang-kadang, arnab ni pandai mengigit jika mereka rasa terancam. Bukan alang-alang sakitnya tu. Just be careful.


Nampak tak arnab tu sedang merenung saya? Mungkin dia sedang kehairanan. Geram betul dengan arnab tu. Kalau kena bagi free, saya pasti akan ambil. Saya ni suka arnab juga selain daripada kucing dan anjing. Semuanya cute!

Inilah pondok tempat mereka berteduh. Cuaca ketika tu sangatlah panas. So, mungkin mereka tidur secara rapat-rapat sebab nak hilangkan haba.

Jom tengok gambar arnab-arnab yang sangat comel ni. Geram!





Bulu arnab ni agak unik. Denny kata arnab ni ialah jenis karpet. Hmmm, mungkin juga sebab tekstur bulunya seperti permaidani

Hah, arnab ni pelik sedikit sebab telinganya jatuh sebelah…hikhik…





Anak-anak arnab mereka letak dalam sangkar

Di suatu sudut, ada kandang arnab. Semua arnab yang kena kurung ialah jenis yang jarang didapati macam yang dalam gambar ni. Gebu. Tak tahu pula jenis arnab apakah ini



Bukan senang nak ambil gambar ni sebab arnab-arnab tu bergerak-gerak meronta untuk melepaskan diri. Dari 10 gambar, hanya 1 yang menjadi…huhu


Welcome to Bunny’s Territory dia bilang tu arnab


Ini dia Arnab Village. Selain daripada ladang arnab, tempat ini pun ada homestay. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang aktiviti yang boleh buat di sini, silalah tengok page Facebook mereka

Overall, Arnab Village ni menarik bagi saya yang sukakan arnab. Lagipun, saya jenis yang suka menghargai usaha orang-orang tempatan untuk membuat tempat tarikan terbaru. So, I give credit for that. Tak tahu pula pendapat pelawat yang ‘high demand’…hiks…

Tapi, satu saja komen saya. Sila baiki jalan masuk untuk menuju ke tempat ni. Kalau time hujan memang agak sukar nak lalu terutamanya kereta yang kecil dan lowered. Lepas tu, kalau boleh perbesarkan lagi Arnab Village ni dan tambah jumlah arnab dari jenis yang eksotik dan rare. Pasti hebat!

Terima kasih kerana membaca

Monday, 26 September 2016

Tempat penginapan murah di Kundasang, Ranau, Sabah: Rosewood Home Cottage



Hai semua!

Sepanjang minggu ni saya nak update blog pasal percutian kami ke Kundasang yang terletak di daerah Ranau, Sabah. Mesti ada yang kata kenapa asyik-asyik Kundasang? Well, pertama sekali saya sangat suka suasana persekitaran Kundasang yang tenang dan sejuk. Kedua, banyak tempat menarik di Kundasang yang tak ada di tempat lain di Sabah seperti ladang lembu, Gunung Kinabalu dan sebagainya. Lebih-lebih lagi time kami pergi di sana ialah musim buah durian yang berlambak. Peluang yang tak harus dilepaskan untuk penggemar durian macam saya ni.

Kami menginap di Rosewood Home Cottage yang terletak betul-betul di tengah pekan Kundasang. Hanya bersebelahan dengan War Memorial dan Klinik Kundasang. Tempat penginapan ni sangat-sangat murah.

Asalnya, kami pilih dua bilik. Satu bilik untuk lelaki dan satu bilik lagi untuk perempuan. Setiap bilik yang kami booking tu boleh muat 4 orang. Maksudnya, setiap bilik ada 1 Queen Bed + 2 Single Bed + Toilet. Semasa booking kami kena bayar harga separuh bilik, selebihnya bayar time check in. By the way, kami sudah booking dua bilik tu 3 bulan lebih awal dari tarikh kejadian.

Tup tup time kami check in, boleh-boleh owner tu kata yang kami cuma booking satu bilik saja. Tersirap darah seketika. Dunia menjadi sunyi. Kedengaran hanya bunyi lebah terbang melintas. ‘Aik, kenapa pula? Bukan kami booking 2 bilik ka???’ Itu respon pertama yang automatik terkeluar dari bibir.

Rupanya, owner tu yang tersilap take down booking kami. Geram juga sebenarnya. Tapi, oleh kerana kami semua ialah orang yang beradab, so kesabaran saja yang menjadi tembok penghalang antara tenang dan amarah. Sabar!

Setelah berbincang, akhirnya kami dapat juga 2 bilik. Namun, bilik yang satu tu hanya muat untuk dua orang. Means, 2 Single Bed + Toilet. Oleh kerana kami yang lelaki ni gentlemen, bilik yang boleh muat 4 orang tu kami berikan kepada kawan-kawan perempuan. Ladies choice eh ladies first katanya.

Homestay ni okey sebenarnya. Tapi, kurang maintenance. Contohnya, water heater tak berfungsi. Gila mandi di Kundasang tak ada water heater. Lepas tu, laluan ke bilik kami iaitu bilik K sangat merisaukan untuk dilalui pada waktu malam sebab gelap. Takut ada haiwan atau serangga berbisa. Tapi, bila difikirkan balik, semua tu boleh dimaafkan memandangkan harga bilik homestay yang kami sewa tu murah. Don’t expect something extravaganza for a cheap price. Ngam ka tu? But, at least tolonglah baiki water heater tu.

Satu saja yang saya suka di homestay ni iaitu kami boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat jelas dan indah terutamanya pada waktu pagi. My favourite scenery. Hamparan kebun sayur menghijau berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang berdiri megah. View yang sangat perfect!

Lebarkan sayapmu. Terbang tinggi mengapai impian. Eh?

Look how majestic it is

Pondok biru itu ialah tempat untuk BBQ



Nampak saja pemandangan ni, segala masalah dilupakan seketika. Tenang dan damai. Suka saya tengok kepulan awan putih berarak menutup puncak Gunung Kinabalu secara perlahan-lahan. Macam juga kita manusia yang perlahan-lahan bertatih, berjalan dan kemudian berlari untuk menuju ke puncak kejayaan dalam hidup. Phewww, boleh tahan juga rupanya saya ni bermadah kata.

Di bawah ni ialah gambar-gambar pemandangan di sekitar homestay


Kaunter check in terletak di sini

Antara bilik yang terdapat di sini. Nampak tak Gunung Kinabalu di belakang tu?

Another room

And more rooms

Ini dia katil di bilik K. Nasib baik muat juga untuk kami bertiga. Katil di bilik perempuan tak sempat nak gambar

Ini ialah kadar dua bilik yang kami stay.

Rate bilik K: RM60/night
Rate bilik C: RM100/night

Siapa yang nak save budget, bolehlah datang beramai-ramai di sini. Lebih murah. But, for those yang jenis urban atau city people tu yang bercadang nak menginap di sini, just be strong and ready in term of comforts :)

Terima kasih kerana membaca