Kebaikan Minyak Herba Asmak yang mujarab

Hai semua!

Hari tu ada fenomena bulan penuh pada 14 November 2016. So, saya sangat excited sebab inilah peluang untuk saya ambil gambar bulan yang besar.By the way, im not a professional photographer. Cuma saja-saja nak asah skil dalam bidang ni…hehe…

Kami pilih spot yang paling sesuai iaitu di tepi pantai. Ingatkan kami berdua saja di sana, rupanya banyak juga orang berduyun-duyun turun ke pantai just nak tengok bulan.  Lagi ramai lagi bagus sebab kami rasa agak selamat. Seram juga ya kalau cuma kami berdua saja di tepi pantai yang gelap.

Tepat jam 8.30 malam, bulan berada dalam keadaan full moon. Suasana malam agak terang disebabkan cahaya bulan. Sedang asyik mengambil gambar, di situ juga tangan sibuk memukul nyamuk-nyamuk yang sedang ghairah menghisap darah. Cis, bedebah punya nyamuk. Menyesal saya tak pakai seluar panjang. Disebabkan lens kamera yang saya bawa tak sesuai untuk ambil gambar bulan ditambah lagi dengan nyamuk yang semakin meliar, so kami terpaksa pulang awal ke rumah.

Setibanya sahaja kami di rumah, saya agak terkejut melihat kesan gigitan nyamuk yang sangat banyak terutamanya di bahagian kaki. Fuhhh, ganas rupanya nyamuk di tepi pantai ni ya. Tapi, saya tak risau sebab saya ada Minyak Herba Asmak.

Minyak Herba Asmak ini bukan saja mujarab untuk gigitan serangga malah baik untuk penawar asma pada bayi, semput, batuk, sakit gigi, sakit mata, bengkak, lenguh, tergeliat, terkena api, luka, kembung perut, sembelit dan buasir


 Ini ialah kesan gigitan nyamuk yang saya dapat dari pantai. Pedih sungguh

 Kemudian, saya sapu beberapa titik Minyak Herba Asmak di bahagian yang telah digigit nyamuk. Rasa minyak ni sangat nyaman seperti berangin, sensasi dan sejuk sedikit. Saya rasa sangat selesa. Lagipun, bau minyak urut ini wangi

Keesokan harinya, saya dapat melihat perubahan dengan ketara. Kesan gigitan nyamuk beransur pulih dan tiada lagi bintik-bintik merah yang ketara. Ini cerita real okey? Seriously, sangat mujarab!

Saya telah mencuba dua produk dari Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd iaitu:

 Minyak Herba Asmak

 dan Bedak Asmak. Tapi, saya cuma review Minyak Asmak sebab saya sudah nampak kesannya yang memang mujarab


Pelanggan akan dapat kotak tabung kecil apabila membeli Minyak Herba Asmak

CARA GUNA PALING ASAS
Sapu ke bahagian yang sakit. Contohnya, kalau batuk sila urut ke leher dan ke dada, ke tengkuk dan ke belakang.

HARGA
Harga jualan sebotol cuma RM39.00. Jika ada yang jual dengan harga yang rendah ianya bukanlah edaran dari Minyak Herba Asma Mujarab (MHAM). Pastikan beli yang original!

Seperti yang saya katakan tadi, Minyak Herba Asma Mujarab sangat berkesan sebagai penawar asma untuk bayi. So, dibawah ini ialah video tentang Pertanyaan Yang Sering Ditanya Ibu bapa Tentang Penyakit Asma sebagai rujukan untuk mereka yang mempunyai anak yang menghidap asma


Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus:

Hotline HQ: 019-9708897
Website rasmi syarikat: http://mham.com.my/

Website Minyak Herba Asmak: http://penawarasma.com.my/


FB Page:


0 comments