Nuffnang ads

Wednesday, 9 August 2017

Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan di Nulu Sosopon, Keningau

Hai semua!

Phewww! It is almost 4 months I did not updating my blog since my last entry. Siou kamurang. Busy bah saya. Saya bukan malas tapi memang betul tiada masa sebab kerja kan. FYI, saya kerja di accounting firm. Peak period start dari bulan Mac hingga Julai. So, sekarang habis sudah musim sibuk. Jadi, bolehlah saya menyemak di sini selalu…hihi…

Okey, kali ini saya mau cerita pasal salah satu tempat kegemaran saya di Keningau iaitu Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan Keningau. Tempat ini terletak betul-betul di atas bukit Nulu Sosopon, Kampung Agudon di Keningau. Tinggi bukit dia. Saya rasa kalau kereta kancil memang susah sikitlah mau naik tu tempat.

Inilah dia menara salib yang terkenal itu

Mesti kamu pernah dengar pasal ini tempat kan or at least ternampak di Facebook? Nah, hari tu saya berpeluang pigi sana sebab ada job menggambar pre wedding. Saya excited sebab akhirnya dapat juga menjejakkan kaki di tempat tu. Kalau bukan kerana tu pre wedding photoshoot, entah bila lah terpigi sana…haha…

Paling siok saya dapat bawa parents dan adik saya sebab lama sudah bah durang berkeinginan untuk pigi sana. Dapat juga lah take time sama durang walaupun sekejap. Yalah, saya sekarang tinggal di Labuan. Jadi jarang begia terpulang Keningau…huhu… Bha, saya inda mau membebel panjang. Kamu layan lah gambar-gambar di bawah sambil dengar saya bercerita ya…yihaaa…

Kalau kamu mau tau, Pusat Ziarah Keluarga Kudus ni menempatkan gereja yang moden, tempat berdoa, kedai buku rohani, tempat makan, pusat aktiviti gereja dan sebagainya. Jadi, yang di atas menara tu ialah tempat berdoa


Inilah dia suasana di atas menara. Kecil saja. Siok mau sembahyang sebab suasana dia hening dan mendamaikan. Lagipun sangat rare sebab terletak di atas menara. Sempat lagi kami satu family sembahyang di sini

Tinggi bah tangga dia. Tapi inda gayat lah. Kalau macam yang berumur mungkin ada rasa penat sikit. Terkapus-kapus juga tu nafas…hehe…

Kamu bulih juga nampak beberapa binaan di tempat ini seperti dalam gambar-gambar di bawah. All is well made. Amazing kan!




Lepas jalan-jalan tengok kawasan sekitar, kami singgah makan di kantin sana. Tapi ini kantin bukan sebarang kantin. Kantin dia macam style kedai makan yang kena take order menu lepas tu ada banyak meja kerusi tempat makan yang selesa. Makanan dia not bad. Sedap juga. Tandas pun bersih

Ini adik saya suka betul kena gambar. Bah, nanti kita atur photoshoot ar…yipiii

Paling saya suka kami bulih nampak pemandangan daerah Keningau dari sini. Hah, ini pun salah satu keunikan juga sebab jarang boleh dapat view macam ni. Menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah. How cool is that?

Sempat lagi ni kucing bambam menyelit minta makanan. Kalau bukan orang punya, lama sudah saya culik bawa balik pigi Labuan sebab talampau cumil

Lepas saja makan, kami duduk merehatkan diri sekejap. Rileks rileks dulu sementara tunggu bakal pengantin tiba untuk pre wedding photoshoot. Comel saja parents dan adik saya ni sanggup tunggu sampai saya habis photoshoot. Thanks and love you all!

Apapun, syukur sebab semuanya berjalan dengan lancar dan dapat ambil masa dengan family. Bah, kamurang pun pigi lah sini melawat ini tempat. Jangan lupa bawa family atau orang yang tersayang kio. Untuk info, setiap sabtu ada Sunset Mass manakala ahad ada Misa Kudus. Cuma tempat ni agak jauh sedikit dari bandar. Kira-kira 15 minit macam tu.

Okey, sekian coretan dari saya

Terima kasih kerana membaca

Sunday, 9 April 2017

Kelazatan Jeruk Madu Pak Ali di Pulau Pinang

Hai semua!

Kalau nak baca entri sebelum ni sila klik disini. Thanks!

FYI, saya ialah penggemar tegar jeruk buah. Apa-apa saja jenis buah. Tapi yang paling saya suka ialah jeruk mangga, nenas dan kedondong. Tiga jenis buah ini saja sudah cukup untuk melampiaskan nafsu saya. Nyum!

So, time saya di Pulau Pinang hari tu, saya dengar ada satu tempat yang menjual pelbagai jenis jeruk yang terkenal iaitu Kedai Jeruk Madu Pak Ali. Then, saya Google la tempat tu. Wow, nampak best saja. Kami pun plan ke sana selepas berjalan-jalan di Lebuh Armenian yang unik tu. Kalau nak baca entri pasal Lebuh Armenian, boleh klik disini.

Kami pergi ke Kedai Jeruk Madu Pak Ali menggunakan Grab car. Cakap saja dengan driver. Zup zap, tak sampai 10 minit sampai sudah. Tak susah pun nak cari kedai ni sebab terletak di tepi jalan. Signboard kedai pun besar. Mudah untuk dilihat.

Inilah pandangan kedai dari luar

Masuk saja dalam kedai, kami dihidangkan dengan pemandangan indah jeruk beraneka macam. Waduh, rambang mata kita!

Saya rasa seperti berada dalam syurga jeruk buah

Tanpa membuang masa, saya pun beli beberapa bungkus jeruk untuk dibawa balik ke Sabah. Dengar khabar, di Sabah tak ada jeruk brand ni. So, why not borong banyak-banyak kan?


Tadaaa! Inilah jeruk yang saya beli. Sedappp! So far, jeruk jenama ni merupakan yang paling lazat pernah saya cuba. Saya tambah lada padi dan kicap untuk rasa yang lebih umphhh. Memang terbaik!

Lepas ni kalau ke Pulau Pinang lagi, saya pasti akan ke sini

Dibawah ialah lokasi kedai Jeruk Madu Pak Ali


Terima kasih kerana membaca

Sunday, 12 March 2017

Tempat makan yang sedap di Pulau Pinang: Char Kway Teow dan Tang Yuan


Hai semua!

Kalau mau baca entri sebelum ni, sila klik disini. Xie xie!

Okey, saya nak berkongsi tentang satu tempat makan yang menjual Char Kway Teow dan Tang Yuan yang sangat enak. Nama tempat ini ialah Kedai Kopi Bee Hong yang terletak betul-betul berhadapan dengan 1st Avenue Mall, Pulau Pinang.

Konsep kedai kopi ni ialah open air dan di dalamnya terdapat beberapa gerai yang menjual pelbagai makanan. Kami pilih untuk makan Char Kway Teow sebab itu ialah makanan yang wajib dicuba di Pulau Pinang. Kira macam makanan ini ialah duta untuk pulau ni. Ya ka?

Inilah dia gerai yang jual Char Kway Teow enak tu

Tadaaa! Sudah siap. Laju benar servis di sini. Look delicious right? Kecur air liur kitew

Our dinner for that night. Cuma seorang saja yang order nasi goreng…hoho…

For dessert, my travel friend suggest untuk try Tang Yuan yang kebetulan ada dijual di kedai kopi ni. For your information, this is the famous Tang Yuan stall in entire Penang island


Tang Yuan ialah sejenis glutinous rice balls atau nasi beras pulut dalam Bahasa Malaysia. Terdapat dua jenis sirap yang boleh dipilih iaitu perang atau jernih. Then, boleh pilih whether mau ada rasa halia atau tidak

Tengok inti dalam Tang Yuan ni. Sedap! Sirapnya pun lazat sebab kami pilih rasa yang berhalia. Perfect

Overall, saya bagi rate 4.5/5 untuk Char Kway Teow dan 4.6/5 untuk Tang Yuan. So guys, jangan lupa untuk singgah di sini kalau teringin nak makan dua benda ni ya.

Dibawah ialah peta lokasi tempat ini


Terima kasih kerana membaca

Sunday, 26 February 2017

Kuantan Road Market: Tempat terbaik untuk sarapan pagi di Pulau Pinang


Hai semua!

Kalau nak baca entri sebelum ni, sila klik disini

Hari ke-4 di Pulau Pinang yang juga merupakan hari terakhir percutian kami di sini, kami decide untuk breakfast di Kuantan Road Market. Tempat ini hanya terletak bersebelahan dengan kondo tempat kami menginap. Kira-kira selang dua bangunan macam tu. Jalan kaki pun boleh. Ingatkan nama Kuantan hanya terdapat di Pahang saja. Rupanya di Pulau Pinang pun ada.

Suasana pagi yang sibuk. Tempat ni kecil saja tapi penuh dengan gerai-gerai di kiri dan kanan jalan. Banyak yang kena jual di sini. Makanan ada, sayur ada, daging segar ada. Semuanya ada

Jarang nampak pemandangan macam ni di Sabah. Seekor terus digantungnya. Dahsyat. Dengan segera kamera diangkat dan terus snap snap snap

Kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang. Eh, terikut nyanyi ke?...kihkih…

Auntie ni jual bermacam jenis bubur cha cha. Nampak tu periuk belanga yang banyak tersusun? Hah, dalamnya masih panas dan harum lagi

Selesai round-round, membeli dan terbeli makanan yang enak, kami singgah di restoran ini untuk breakfast

Saya order Char Kway Teow. Wajib order benda ni sebab sangat lazat

Lupa suda apa nama ni makanan. Ini pun sedap juga

Mereka yang lain order Penang Mee Curry. Nampak menggoda kan?

Selesai saja breakfast, kami pun balik ke kondo. Tu dia menara KOMTAR yang tinggi menjulang langit

Tadaaa! Inilah dia makanan-makanan yang kami beli di Kuantan Road Market. Oleh kerana perut masih lapar, so kami sambung lagi makan. Food is life…aaahhhhhh...






Suka gambar macam ni sebab cantik kalau nak post di Instagram…hiks...

Tempat ni sangat best untuk breakfast sebab banyak makanan dari ringan ke berat yang dijual di sini. Memang puas hati lah!  Sedap pula tu. Next time kalau ada rezeki ke Pulau Pinang lagi, saya pasti akan ke sini.

Terima kasih kerana membaca

Thursday, 23 February 2017

Seronoknya berada di Penang 3D Trick Art Museum!


Hai semua!

Kalau nak baca entri sebelum ni, sila klik disini

Ramai kawan-kawan suggest dengan kami untuk singgah ke Penang 3D Trick Art Museum. Mereka kata tak sah datang ke Pulau Pinang kalau tak singgah ke sana. So, why not kan? Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai basah satu badan.

Dari tengah bandar, kami menggunakan Grab car untuk ke sana. Kami pilih Grab car sebab lebih murah dan mesra pelancong berbanding teksi to be honest lah. Kira-kira 7 minit macam tu, kami pun sampai.


BAYARAN MASUK
Malaysian
Dewasa – RM15.00
Kanak-kanak – RM10.00

Non Malaysian
Dewasa – RM25.00
Kanak-kanak – RM15.00

MASA OPERASI
Isnin - Jumaat
9.00am – 6.00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
9.00am – 8.00pm

Seriously, tempat ni sangat sesuai untuk kaki bergambar, selfie, wefie dan segala bagai sebab banyak sangat 3D art yang siok! Saya pun terlopong tengok betapa tricky dan kreatifnya semua art yang ada di sini.

Penang 3D Trick Art Museum mempunyai satu tingkat. Ground floor lebih kepada gabungan objek+grafiti. Manakala, tingkat satu pula lebih kepada 3D art grafiti.

Jom layan gambar-gambar menarik dibawah...yihaaa!


Terpegun tengok gasing tu berdiri tegak tapi tak pusing-pusing

Actually, tempat ni memang wujud di Pulau Pinang iaitu Chew Jetty. Nampak real kan?

Flora dan fauna yang sedang menyelubungi atmosfera. Eh tercanggih pula ayat ni



Fuhhh, sedang gigih memanjat dinding. Sungguh tricky art ini kan?

Dalam banyak-banyak art, saya suka yang ini. Sangat kreatif. Mesti kamu hairan kan macam mana situasi dalam gambar ini boleh berlaku?


Ayuh layan gambar-gambar di tingkat satu pula…hihi…

Dramatik betul tu gaya sebab kena kejar burung hantu

Ini pun siok! Nampak tu Denny berdiri senget dengan selambanya. Again. Mesti kamu hairan kan?...haha



Lautan api pun sanggup ku redah


Wow, tak sangka Denny pandai surfing! *tepuk tangan sambil berdiri*

Nampak gagah saya di sini. Dengan selambanya keluar dari mulut anaconda

Hambik kau!

Extreme betul Denny ni sampai terbang di atas langit


Yay or nay? Banyak kali percubaan tapi cuma gambar ini sahaja yang agak menjadi.  But, I loveeeee it!

Fuhhh, memang seronok berada di sini. Kami ambil masa setengah hari untuk bergambar menghabiskan semua art di dalam museum ni. I really have fun here with my travel partners. Better kamu pakai selipar kalau nak datang ke sini sebab agak banyak section yang memerlukan kami membuka kasut.

Sebenarnya, banyak sangat gambar. Bertimbun. Tapi, just untuk bagi pandangan secara kasar tentang tempat ini, saya cuma pilih gambar yang smart sahaja untuk dipaparkan dalam entri ini...hehe...

By the way, dibawah ialah peta lokasi in case lah kan kamu tersesat kan. Hiks!


Have fun guys!

Terima kasih kerana membaca