Tempat makan yang sedap di Pulau Pinang: Char Kway Teow dan Tang Yuan


Hai semua!

Kalau mau baca entri sebelum ni, sila klik disini. Xie xie!

Okey, saya nak berkongsi tentang satu tempat makan yang menjual Char Kway Teow dan Tang Yuan yang sangat enak. Nama tempat ini ialah Kedai Kopi Bee Hong yang terletak betul-betul berhadapan dengan 1st Avenue Mall, Pulau Pinang.

Konsep kedai kopi ni ialah open air dan di dalamnya terdapat beberapa gerai yang menjual pelbagai makanan. Kami pilih untuk makan Char Kway Teow sebab itu ialah makanan yang wajib dicuba di Pulau Pinang. Kira macam makanan ini ialah duta untuk pulau ni. Ya ka?

Inilah dia gerai yang jual Char Kway Teow enak tu

Tadaaa! Sudah siap. Laju benar servis di sini. Look delicious right? Kecur air liur kitew

Our dinner for that night. Cuma seorang saja yang order nasi goreng…hoho…

For dessert, my travel friend suggest untuk try Tang Yuan yang kebetulan ada dijual di kedai kopi ni. For your information, this is the famous Tang Yuan stall in entire Penang island


Tang Yuan ialah sejenis glutinous rice balls atau nasi beras pulut dalam Bahasa Malaysia. Terdapat dua jenis sirap yang boleh dipilih iaitu perang atau jernih. Then, boleh pilih whether mau ada rasa halia atau tidak

Tengok inti dalam Tang Yuan ni. Sedap! Sirapnya pun lazat sebab kami pilih rasa yang berhalia. Perfect

Overall, saya bagi rate 4.5/5 untuk Char Kway Teow dan 4.6/5 untuk Tang Yuan. So guys, jangan lupa untuk singgah di sini kalau teringin nak makan dua benda ni ya.

Dibawah ialah peta lokasi tempat ini


Terima kasih kerana membaca

0 comments